Tuesday, 26 September 2017

PRODUK TARIKAN PELANCONGAN DI PORT DICKSON

Assalamualaikum salam sejahtera dan asalam satu malaysia. Port Dickson adalah tempat tarikan pelancong yang terkenal di dalam mahupun luar negara. Jadi pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawati di sekitar Port Dickson ini. bukan pantai sahaja malah pelbagai tarikan pelancongan dari segi taman tema, sejarah,rekriasi, eko dan banyak lagi. Jadi di sini saya ada sediakan tempat-tempat yang anda boleh lawati ketika berada di Port Dickson.

ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON


Antara tarikan yang baru sahaja dibuka dan sering dikongsi di media sosial adalah Alive 3D Art Gallery Port Dickson.
Kalau anda peminat selfie atau suka menangkap gambar menarik semasa bercuti, anda pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini.
Terdapat sebanyak 50 lukisan 3D beraneka tema setiap satu menjanjikan ilusi yang berlainan. Antara 5 tema yang anda boleh jumpai di sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan exotic.
Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11am-10pm) | Sabtu-Ahad & Cuti Sekolah (10am-11pm)
Lokasi: No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson
_________________________________________________________________________

RUMAH API TANJUNG TUAN


Rumah api Tanjung Tuan atau nama lainnya Cape Rachado Lighthouse, adalah sebuah mercu tanda popular yang sering menjadi tumpuan pelangcong yang datang bercuti ke PD.
Ia dianggap rumah api yang tertua di Negara kita dan dibina pada abad yang ke 16, zaman Portugis memerintah Melaka.
Semenjak itu rumah apa ini diperbaharui beberapa kali oleh Kerajaan British, kali pertama pada tahun 1817, dan bangunan yang boleh dilihat sekarang disiapkan pada tahun 1863.
Tambahan terbaru pada Rumah api tersebut adalah sebuah radar MEASAT yang di bina pada tahun 1990.
Lokasi: Cape Rachado, Port Dickson
_________________________________________________________________________
MUZIUM TENTERA DARAT

Muzium Tentera Port Dickson ini merupakan antara muzium tentera yang terbesar di negara kita dan ia terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia.
Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari sedikit mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera Negara kita.
Disini terdapat 9 galeri berbeza yang membawa anda pulang ke zaman penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun. Disamping itu, anda dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Selasa-Ahad (10.00am – 5.00pm)
Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson
_________________________________________________________________________
KOMPLEK BAITUL HILAL

Kompleks Baitul hilal merupakan balai cerap yang terletak bersebelahan dengan resort popular bernama Klana Beach Resort.
Pada mulanya ia didirikan sebagai tempat penyelidikan astronomi dan kemudian dibuka kepada orang awam dengan tujuan mempromosi edu tourism di Port Dickson.
Tempat ini menampilkan pameran artifak yang digunakan pengkaji ilmu falak dari zaman dahulu hingga ke zaman moden.
Masuk adalah percuma buat tetamu hotel dan bayaran yang kecil dikenakan kepada pelawat lain.
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am–12pm)
Lokasi: Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 5, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson
_________________________________________________________________________
MUZIUM DAN KOTA LUKUT

Salah satu tapak bersejarah yang popular di Port Dickson adalah Kota dan Muzium Lukut. Ia merupakan sebuah kubu yang didirikan diatas bukit oleh Raja Jumaat pada tahun 1847.
Muzium ini menjadi rumah kepada artifak dan gambar yang berkaitan dengan sejarah pelombongan biji timah di kawasan lukut.
Terdapat 4 galeri pameran utama iaitu Sejarah, Teknologi, Negeri Sembilan dan Nassau.
Bagus jika anda berminat untuk belajar sedikit tentang sejarah pentadbiran, pertahanan dan system ekonomi yang dilaksanakan di kota lukut pada zaman itu.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am-6pm)
Lokasi: Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson
_________________________________________________________________________
PD OSTRICH FARM

Pusat penternakkan Burung Unta atau lebih dikenali sebagai PD Ostrich Farm ini terletak 9 kilometer dari Jalan Pantai Port Dickson.
Di sini anda dapat mempelajari sedikit tentang burung gergasi ini sambil berinteraksi dengan haiwan tersebut.
Antara haiwan lain yang menjadikan tempat ini rumah adalah keldai, kambing, arnab dan angsa. Kanak-kanak diberi peluang untuk menyemtuh dan memberi makanan kepada haiwan kecil ini.
Untuk aktiviti pula, dengan bayaran yang kecil, tetamu dapat menunggang Burung Unta, menaiki ATV, atau bermain Paintball.
Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM4
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8am-6pm)
Lokasi: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
_________________________________________________________________________
RUMAH TERBALIK PORT DICKSON
Rumah Terbalik Port Dickson
Mungkin anda sedar Port Dickson memang banyak rumah bertema ilusi dan yang ini pula membuat anda rasa bagaimana kalau hidup didalam dunia terbalik.
Rumah Terbalik Port Dickon merupakan sebuah rumah kedai yang diubah suai menjadi tarikan pelancong dan menjanjikan suata pengalaman bergambar yang berbeza.
Disini anda boleh menjumpai semua bilik yang ada di rumah biasa, bezanya semua bilik terbalik seolah-olah anda berjalan di atas bumbung.
Bayaran Masuk: Dewasa – RM20 | Kanak-kanak – RM15
_________________________________________________________________________
PRIMA WATER THEM PARK
Prima Water Theme Park
Tidak lengkap percutian tepi pantai jika kita tidak mandi laut, tetapi bukan semua yang minat dengan air laut yang masin, jangan risau kerana di Prima Water Theme Park Port Dickson anda boleh bersuka ria di pantai buatan manusia terbesar di Malaysia.
Disamping itu, tempat ini juga mempunyai taman tema air yang lengkap dengan lagun, air terjun, gelongsor air dan kolam renang yang luas.
Taman tema air ini merupakan sebahagian daripada hotel Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC).
Anda juga boleh mengunaan fasiliti yang lain seperti taman permainan kanak-kanak bertema lanun. Taman tema air ini dibuka untuk 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Bayaran Masuk: Dewasa RM30 | Kanak-kanak RM20 (Harga satu sesi)
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8am-7pm)
Lokasi: No. 1 PD Prima, Jalan Pantai, Batu 13, 71250 Port Dickson
_________________________________________________________________________
KOMPLEKS SEJARAH PENGAKALAN KEMPAS
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
Sebelum ia menjadi destinasi pelancongan yang popular, Pengkalan Kempas merupakan sebuah pelabuhan kecil.
Walaupun destinasi ini jarang terlintas minda semasa memikirkan percutian ke Port Dickson, Kompleks ini menyimpan tinggalan sejarah kesultanan melayu Melaka yang agak menarik.
Kompleks sejarah ini juga mempunyai bilangan batu hidup atau Megalith yang terbanyak di Negara kita.
Batu ini dikenali sebagai batu bersurat dan 3 batu paling popular disini adalah Batu Sudu, Batu Pedang dan Batu Kemudi.
Lokasi: Jalan Port Dickson, Pengkalan Kempas, 71150 Linggi, Negeri Sembilan
_________________________________________________________________________
TAMAN TEMA WILD WEST COWBOY
Taman Tema Wild West Cowboy
Antara tarikan yang baru sahaja dibina di Port  Dickson adalah Taman Tema Wild West Cowboy. Terdapat 4 tayangan 5D berbeza dan setiap satu mengambil masa selama 7 minit untuk habis.
Di sini juga terdapat 4 Escape Room dimana anda diberi masa yang singkat untuk menyelesai teka-teki untuk bebas dari bilik tersebut.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11am – 10pm)
Lokasi: 59-64, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson
_________________________________________________________________________
PUSAT IKAN HIASAN TELOK KEMANG
Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang
Kepada pencinta akuarium dan ikan hiasan sila bergembira, Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang menampilkan pameran ikan laut tempatan yang exotik.
Tidak ramai tahu tentang Pusat Ikan yang di urus oleh Jabatan Perikanan Port Dickson ini. Ia merupakan sebuah tempat tertutup penuh dengan akuarium yang mempamerkan berbagai jenis hidupan laut yang menarik.
Bukan sahaja untuk dilihat tetapi ada beberapa jenis ikan yang anda diberi peluang untuk sentuh, menjadikan tempat ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Yang minat memancing atau mahu belajar sedikit tentang kehidupan bawah laut jangan lupa untuk menuju ke desinasi ini.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am – 5pm)
Lokasi: Batu 7, Jln Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson
_________________________________________________________________________
THE COUNTRY CAT CAFE
The Country Cat Cafe
Sudah menjadi semakin biasa trend Cat Cafe di negara kita. The Country Cat Cafe Port Dickson pada asalnya dibuka di selayang dan kemudian berpindah ke Port Dickson.
Meraka antara yang pertama menjayakan Cat Cafe di negara kita dan merupakan yang pertama memegang rekod kafe kucing paling besar di Malaysia.
Tetamu yang ke kafe ini dapat menikmati secawan kopi sambil bermain dengan kucing yang comel. Kucing-kucing di sini merupakan kucing terbiar yang diselamatkan oleh pemilik kafe tersebut.
Sebahgian dari pendapatan kafe ini disalur semula untuk membantu kucing terbiar yang lain. Jadi datanglah untuk menyaksikan gelagat lucu si kucing comel dalam masa yang sama membantu nasib kucing malang yang lain.
Waktu Operasi: Selasa-Ahad (10am-5pm)
Lokasi: No.37 jln 2/1 Bdr Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson
_________________________________________________________________________
Ok itu sahaja umtuk hari ini . Saya harap dengan info yang ada ini dapat memenuhi kehendak anda semua yang ingin melawat ke Port Dickson.

No comments:

Post a Comment