CLOVER HOTEL


Kami memulukan senarai ini dengan hotel bajet serba lengkap yang menawarkan bilik dengan harga dari RM60 semalam. Kalau anda sedang mencari hotel bajet di Port Dickson yang bawah dari RM100 semalam hotel ini memang sesuai.
Hotel ini menyediakan wifi percuma untuk tetamu. Didalam bilik pula anda akan menjumpai penghawa dingin dan bilik air persendirian.
Harga: Dari RM60
Lokasi: 13 & 13A, Jalan Waterfront 5, PD Waterfront, 71000 Port Dickson
_________________________________________________________________________
HOTEL SURIA


Lagi satu hotel yang menawarkan bilik dengan harga RM100 kebawah adalah Hotel Suria.
Hotel ini letaknya hanya 5 minit sahaja dari kawasan kedai yang banyak, membuat tugas seperti mencari makanan dan membeli keperluan agak senang jika anda memilih untuk menginap di sini.
Didalam bilik pula, disediakan katil yang selesa,penghawa dingin dan bilik mandi.
Antara tarikan pelancong yang berhampiran adalah Port Dickson Waterfront Sea Park dan Port Dickson Walk.
Harga: Dari RM65
Lokasi: 1026, BT 1/2 Jalan Pantai, 71000 Port Dickson
________________________________________________________________________
GRANPA HOTEL


Walaupun bilik di Grandpa Hotel ini tidak lebih dari RM68 semalam tetapi ia tetap menawarkan keselesaan yang mencukupi, memberi anda nilai bagus untuk harga yang dibayar.
Bilik hotel dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik air persendirian berserta TV. Untuk melayari internet pula anda boleh menggunakan Wifi percuma yang disediakan di kawasan lobi.
Kepada tetamu yang memandu, parking percuma disediakan untuk anda sekitar kawasan hotel. Granpa Hotel terletak betul-betul berhadapan dengan pasaraya Giant.
Harga: Dari RM68
Lokasi: No.1, Jalan DS 1/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson
_________________________________________________________________________
SEA FRONT HOTEL


Satu fakta menarik tentang Sea Front Hotel ini adalah ia menghadap laut dan tetamu dapat melihat pemandangan indah Selat Melaka dari tingkap bilik mereka.
Tetamu dapat menggunakan Wifi percuma yang disediakan di seluruh kawasan hotel. Untuk ke pantai pula anda perlu berjalan kaki selama 5 minit sahaja.
Sea Front Hotel ini terletak berdekatan dengan terminal bas dan teksi popular dan ia juga berhampiran dengan Billion Supermarket.
Harga: Dari RM75
Lokasi: 49-52, Persiaran Kurau 1, Taman Samudra, Batu 1, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson
_________________________________________________________________________
HOREL MESRA


Jika anda mencari hotel bajet berdekatan dengan Pantai Teluk Kemang, Hotel Mesra Port Dickson pasti satu pilihan bagus buat anda.
Hotel ini menawarkan bilik bajet yang selesa kerana dan dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik air berasingan dan Wifi percuma.
Terdapat beberapa restoran ikan bakar terkenal berhampiran dengan hotel jika anda hendak menjamu selera.
Harga: Dari RM95
Lokasi: No 3&4 Teluk Kemang Square, Batu 7, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson
_________________________________________________________________________
HOTEL MERAGE


Hotel Mirage ini sekali tengok memang ideal untuk individu yang datang ke Port dicson untuk lawatan bekerja dan Hotel Bajet untuk bermalam.
Didalam bilik terdapat meja kerja dan Wifi percuma jika anda mahu menyiapkan kerje semasa berada didalam bilik.
Selain daripada itu, bilik disini juga berhawa dingin dan dilengkapi dengan kemudahan membuat teh & kopi segara dan bilik air peribadi.
Harga: Dari RM96
Lokasi: 25, Jalan Remis 2, Medan Remis, Batu 5, Jalan Pantai, Telok Kemang, 71050 Port Dickson
_________________________________________________________________________
LANGIT LANGI HOTEL


Kalau anda fikir bahagian luar hotel yang dihias pelbagai warna ini meriah anda belum melihat bahagian dalam hotel, lagi meriah.
Tidak banyak hotel yang berani menghias bilik dengan hiasan yang luarbiasa tetapi Hotel Langit Langi Port Dickson ini berjaya mereka satu ruang penginapan yang menampilkan kelainan yang unik.
Didalam bilik pula anda akan menjumpai penghawa dingin, TV, bilik mandi peribadi dan Wifi percuma.
Disamping itu tetamu dapat menggunakan kolam renang yang boleh dijumpai di kawasan hotel.
Harga: Dari RM98
Lokasi: No 881, Jalan Pantai, Taman Mewah, 71000 Port Dickson
_________________________________________________________________________
MERLIN HOTEL


Suasana hotel yang aman beserta kakitangan yang sentiasa sedia membantu membuat Merlin Hotel sebuah hotel bajet yang popular bagi pengunjung yang melawat Port Dickson.
Hotel ini menyediakan fasiliti tambahan seperti tempat permainan kanak-kanak dan bilik mesyuarat untuk acara korporat.
Didalam bilik pula anda dapat mengunakan penghawa dingin, bilik air persendirian, TV berserta Astro dan Wifi percuma.
Harga: Dari RM100
Lokasi: Lot 218, KM1 (Batu 1), Jalan Pantai, , 71000 Port Dickson
_________________________________________________________________________
PARADISE LAGOON APARTMENT


Paradise Lagoon Apartment Pula terletak hanya 6 minit saja masa memandu ke Muzium Tentera.
Penginapan jenis Aparment-Hotel ini menyediakan kemudahan seperti kolam renang, gym, dan taman permainan kanak-kanak.
Setiap apartment mempunyai balkoni dan dari situ anda dapat menikmati pemandangan laut yang indah
Kerana penginapan ini merupakan jenis apartment, anda akan mendapat ruang tamu yang luas dan dapur kecil yang lengkap dengan kemudahan menyediakan makanan seperti cerek elektrik, peti sejuk dan microwave.
Mencari akitivi menarik berdekatan dengan hotel? Anda boleh singgah sebentar ke Ladang Burung Unta Port Dickson.
Di sini anda boleh melihat berbagai binatang comel seperti monyet, burung unta dan haiwan jinak yang lain.
Harga: Dari RM105
Lokasi: Block-D-L1-6, Batu 2, Jalan Pantas, 71000 Port Dickson
_________________________________________________________________________
HOLIDAY PD MARINA RESORT

.

Bercuti bersama keluarga dan mahukan penginapan selesa yang boleh memuatkan lebih dari dua orang? Holiday PD Marina Resort memberi anda pilihan apartment satu bilik atau dua bilik
Fasiliti yang disediakan untuk tetamu adalah kolam renang, gelanggang tenis dan kawasan khas untuk mengadakan BBQ.
Harga: Dari RM130
Lokasi: A1-2, Marina View Villas, Bt 5, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
_________________________________________________________________________
NAAM BOUTIQUE LODGE


Naam Boutique hotel ini letaknya hanya 2 minit saja berjalan kaki dari Pantai Teluk Kemang.
Hotel Boutique ini mempunyai rekabentuk moden setanding dengan hotel 3 bintang yang lain.
Disamping itu keselesaan juga diutamakan oleh pihak hotel dengan melengkapkan bilik dengan penghawa dingin, peti sejuk, dan cerek kemudahan meyediakan teh & kopi segera dan Wifi perrcuma.
Kepada yang memandu pula anda dapat meletakkan kereta secara percuma di kawasan hotel.
Harga: Dari RM140
Lokasi: Lot.1942 Bt.8, Jalan Pantai,Teluk Kemang,, 71050 Port Dickson
GINA'S APARTMENT


Bercuti bersama keluarga dan mencari penginapan yang luas penuh penuh dengan aktiviti, Gina’s Apartment menawarkan penginapan murah yang lengkap dengan dua kolam renang luaran, gelanggang tenis, taman permainan kanak-kanak dan kawasan BBQ khas.
Melihat didalam apartment pula, setiap apartment mempunyai ruang tamu dan dapur, ideal untuk mereka yang merancang untuk menyediakan makanan semasa bercuti nanti.
Didalam bilik pula anda akan menemui penghawa dingin, TV, peti sejuk dan kemudahan menyediakan minuman panas.
Bilik mandi persendirian juga boleh didapati didalam setiap bilik dan datang dengan shower air panas.
Tempat menarik yang berhampiran dengan hotel adalah Pantai Teluk Kemang, Ladang Burung Unta dan Pantai Purnama.
Harga: Dari RM140
Lokasi: Cocobay Resort Condominium, Jalan Pantai, Batu 9, 71050 Port Dickson
_________________________________________________________________________
KOPITIARA STUDIO APARTMENT

Koptiara Studio Apartment terletak di Tiara Bay Port Dickson dan menawarkan apartment satu bilik yang menarik dengan harga rendah bermula dari RM150 semalam.

Kawasan sekeliling hotel ini terkenal sebagai tempat berbasikal popular. Selain daripada berbasikal, anda boleh bermain ping-pong di meja yang disediakan oleh pihak apartment atau berenang di kolam renang di bawah.
Masuk saja kedalam pintu apartment anda akan menemui ruang tamu yang luas dan juga dapur.
Anda dapat memilih antara apartment 1 bilik dengan dua katil single berasingan atau apartment 2 bilik yang mempunyai satu katil double dan dua katil single.
Bilik pula dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik mandi peribadi.
Harga: Dari RM150
Lokasi: No.1, PD Prima, Level 2, Block A (sebelah lift A1) Jalan Pantai, Batu 13, 71250 Port Dickson.
_________________________________________________________________________
PRIMALAND RESORT &CONVENTION CENTER



Di Primaland Convention Center anda akan menjumpai segala-gala yang anda inginkan dari Resort Keluarga Tepi Laut.
Resort ini dapat menggelar dirinya sebagai penginapan bertema resort air pertama di Port Dickson dan oleh kerana ini saya memilih hotel ini sebagai hotel pengakhir untuk ulasan ini.
Untuk RM250 semalam anda dapat bermalam di hotel 3 bintang yang sudah lama popular dengan mereka yang kerap bercuti ke Port Dickson.
Bilik yang berhawa dingin lengkap dengan TV beserta Astro, bilik air persendirian dan cerek elektrik. Ada bilik yang datang dengan ruang tamunya sendiri.
Selain daripada kolam renang terdapat juga fasiliti lain seperti restoran, taman permainan kanak-kanak dan bilik persidangan.
Harga: Dari RM250
Lokasi: No 1, PD Prima, Batu 13, Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 Port Dickson
_________________________________________________________________________
LEXIS HOTEL
LEXIS HIBBISCUS
GRAND LEXIS
Hotel lima bintang yang terkenal di port dickson dan telah menjadi tumpuan pelancong ketika musim cuti.
HARGA : RM 500.00
LOKASI: DI TAMAN TANJUNG GEMOK (GRAND DAN LEXIS HOTEL)
DI BATU 12 (LEXIS HIBISCUS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH KE WEBSITE LEXIS GROUP
http://www.lexis.my/hotels-resorts/lexis-hibiscus-port-dickson/
OK ITU SAHAJA UNTUK HARI INI . SAYA HARAP DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MEMILIH PENGINAPAN DI PORT DICKSON.
_____________________
No comments:
Post a Comment